PROFIL

Profil Pengerusi

Puan Halida Binti Mohd Daud

Pengerusi Koperasi Niaga Maju Berhad

Aktif dalam NGO dan Kerja sosial. Puan Halida adalah seorang pemimpin berpengalaman dalam Public Relations , pemasaran, jualan, perhotelan, insurans, pelancongan dan perniagaan wellness & care (HMD B2B). Beliau mempunyai visi besar untuk membangunkan sesebuah koperasi dan syarikat melalui pembinaan ekosistem perniagaan yang menyeluruh, kerana tanpa eco system sebuah organisasi tidak boleh berkembang. Beliau berperanan sebagai penghubung strategik antara agensi kerajaan, rakan industri dan koperasi, sambil mengutamakan prinsip: kepercayaan kejujuran, berani buat keputusan , berfikir positif, mencari peluang, “Jika orang lain boleh berjaya, kita juga pasti boleh.”

STRUKTUR LEMBAGA PENGARAH

MOHD KHAIR BIN MOHID

SETIAUSAHA

PUAN HALIDA BINTI MOHD DAUD

PENGERUSI

HJ. MOHD FATHIR BIN AMIN

BENDAHARI

MOHD KHAIRI BIN MUSA

AHLI LEMBAGA

NOOR ARIZA BINTI RAMLI

AHLI LEMBAGA

SOFEA BINTI ABDULLAH

AHLI LEMBAGA

NORHANA BINTI YUSOF

AHLI LEMBAGA

OBJEKTIF PENUBUHAN

Ekonomi

Mengukuhkan ekonomi ahli melalui peluang keusahawanan dan perniagaan berstruktur.

Akses pasaran

Memberi akses pasaran yang lebih luas kepada produk usahawan dan pengilang ahli.

Perniagaan

Menjalankan perniagaan koperasi yang beretika, mampan dan menguntungkan.

rangkaian kerjasama

Membangunkan rangkaian kerjasama strategik dengan agensi, institusi dan industri.

VISI & MISI

Menjadi koperasi yang berjaya, berdaya saing dan inovatif sebagai peneraju Hab Produk IKS di Malaysia, serta memacu pembangunan ekonomi komuniti secara mampan.

  • Menyatukan usahawan dan pengilang dalam satu ekosistem sokongan dan pembangunan bersepadu.
  • Menyediakan platform pemasaran, pengedaran dan teknologi kepada ahli koperasi.
  • Menggerakkan latihan berkaitan automasi, pembungkusan dan pelabelan produk.
  • Membangunkan Hab Produk IKS sebagai pusat operasi, jualan dan latihan.
  • Mengukuhkan kerjasama strategik dengan universiti, PERKESO, Kementerian Pembangunan Wanita, institusi zakat dan NGO.
  • Mengukuhkan kerjasama strategik dengan universiti, PERKESO, Kementerian Pembangunan Wanita, institusi zakat dan NGO.
  • Menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan inklusif melalui Program MY-OKU Usahawan.
  • Melaksanakan tadbir urus koperasi yang telus, beretika dan mampan.
  • Meningkatkan ekonomi ahli melalui pembekalan, penyertaan tender dan pembangunan produk.